MAGIC HTML

Blog e-Pembelajaran Bahasa Malaysia (Versi Khas Untuk Para Murid SJK(C) Hwa Lien, Pulau Ketam)

28 November 2011

Set Induksi: Teka-Teki & Jawapan

>>Uji Minda Dengan Soalan Teka-Teki <<


1. Apakah haiwan yang paling tidak bersopan terhadap manusia?
Jawapan:
 (Sila 'highlight' pada ruangan jawapan.)
Kutu. Kutu sering memijak-mijak kepala orang.  
2. Apakah haiwan yang mata, mulut, perut dan kakinya berada di atas kepala?
Jawapan:
Kutu. Kutu memang gemar hidup di kepala orang
3.Tahukah anda, apakah yang berada di antara guru dan murid?
Jawapan:
Mungkin ada banyak jawapan, tetapi jawapan yang dikehendaki ialah perkataan 'dan'.
4. Apabila itik menjadi ayam, lalu angsa menjadi ayam, dan kambing juga menjadi ayam. Maka ayam akan menjadi apa pula?
Jawapan:
Ayam pasti akan menjadi semakin banyaklah.
5. Semasa Siti berjalan di atas pasir di tepi pantai tanpa mencecah air, dia mendapati tiada kesan tapak kaki di atas pasir apabila dia menoleh ke belakang. Tahukah anda mengapakah hal ini berlaku?
Jawapan:
Siti berjalan secara mengundur di tepi pantai.
Selamat Mencuba!

 Cara untuk mendapatkan jawapan soalan teka-teki di atas:
Cara 1: Gunakan tetikus untuk  'highlight'   pada ruangan jawapan.
Cara 2: Tekan kekunci Ctrl + A  untuk melihat semua jawapan.



Jika anda ingin menyumbangkan soalan teka-teki, sila menghantar e-mel kepada : 
Tekan butang ini untuk menghantar jawapan anda kepada Cikgu Chua VK (D20102044949)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan